KEBANYAKAN masyarakat di negara ini menganggap isu obesiti yang berpunca daripada tabiat pemakanan tidak seimbang adalah satu kes terpencil ataupun bersifat individu. Sebenarnya, sikap mengambil mudah dalam aspek pengambilan makanan seimbang telah ‘menaikkan’ nama Malaysia sebagai salah sebuah negara yang memiliki rakyat obesiti terbesar di Asia. Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), 51.8 peratus daripada rakyat Malaysia dikategorikan sebagai obes dan berlebihan berat badan. Obesiti adalah salah satu daripada penyebab penyakit…










