Cukai 6 peratus talian pasca bayar kekal - Utusan Malaysia

Cukai 6 peratus talian pasca bayar kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Sept. – Pengguna telefon bimbit yang menggunakan pelan perkhidmatan talian secara pasca bayar, kekal dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, sama seperti ketika era pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang telah diumumkan kerajaan sebelum ini hanya diguna pakai kepada warganegara yang menggunakan kad tambah nilai pelan prabayar.

Menurutnya, bagi warga asing pula, mereka akan tetap dikenakan cukai perkhidmatan pada kadar enam peratus untuk kedua-dua pelan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pengecualian hanya untuk pengguna prabayar kerana rata-rata mereka daripada golongan berpendapatan rendah.

“Warga asing pula akan tetap dikenakan SST untuk pelan pasca bayar dan prabayar. Syarikat telekomunikasi akan melakukannya secara automatik menggunakan sistem mereka,” katanya dalam sidang akhbar sempena Taklimat SST Bersama Menteri Kewangan di Hotel Sunway Putra di sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri T. Subromaniam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini