KANGAR – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan dapat memikirkan mekanisme terbaik bagi mengawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan ekoran pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 September lalu. Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda menegaskan sekiranya situasi itu tidak dibendung akan membebankan lebih 30 juta rakyat negara ini khususnya golongan B40 (golongan 40 peratus berpendapatan rendah negara) yang kini terpaksa berdepan dengan kos sara hidup yang…










