SUASANA tenteram di Felcra Changkat Lada, Ipoh, Perak sedikit terganggu dengan bunyi deruan enjin beberapa pesawat yang berlegar-legar di udara. Setelah beberapa minit, langit cerah yang dihiasi awan biru mula dipenuhi anggota payung terjun yang keluar satu persatu dari pintu pesawat-pesawat tersebut. Semakin lama, jumlah anggota payung terjun itu semakin banyak dan memenuhi ruang angkasa di Felcra Changkat Lada. Anggota payung terjun yang memakai baju celoreng dan lengkap bersenjata kemudian…










