NEW YORK, Amerika Syarikat 29 Sept. – Tun Dr. Mahathir Mohamad kembali semula selepas 15 tahun di podium Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan lantang mengulangi desakan supaya pembaharuan dilaksanakan dalam badan dunia itu. Menyampaikan pernyataan Malaysia pada Perhimpunan Agung PBB ke-73, Perdana Menteri berkata, “Apabila kali terakhir saya berucap di sini pada 2003, saya mengeluh bagaimana dunia telah hilang arahnya. Saya sedih kerana hakikatnya negara-negara kecil terus bergantung kepada belas kasihan…











