KANGAR 2 Sept. – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah menggalakkan rakyat negara ini mencontohi amalan menjaga kebersihan yang dilakukan oleh beberapa buah negara bukan Islam. Baginda bertitah, antara Thailand yang sentiasa menjaga kebersihan tandas dan kemudahan awam mereka manakala Jepun pula mengamalkan budaya bergotong-royong di sekolah-sekolah. “Difahamkan pelajar dan guru mereka menjalankan gotong-royong setiap minggu untuk membersihkan kawasan sekolah mereka. “Didapati dengan cara ini, para pelajar…