Chong Wei hidap barah hidung tahap awal - Utusan Malaysia

Chong Wei hidap barah hidung tahap awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akhirnya membuka mulut mengenai status penyakit jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei setelah mengesahkannya menghidap barah hidung tahap awal dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Pengesahan itu dibuat oleh presiden BAM, Datuk Sri Norza Zakaria setelah khabar angin mengenai jenis penyakit yang dihadapi bekas pemain No.1 dunia itu tersebar di media sosial semalam.

Norza turut menyampaikan rasa terima kasih di atas doa serta rasa prihatin rakyat Malaysia bagi pihak Chong Wei yang kini mahu berehat di samping keluarga dan rakan terdekat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebagai maklum balas terhadap laporan berkaitan Datuk Lee Chong Wei, BAM mengesahkan pemain itu telah didiagnosis menghidap barah hidung peringkat awal. Chong Wei kini sedang mendapatkan rawatan di Taiwan dan memberi maklum balas positif terhadap rawatannya.

“Beliau kini sedang berehat untuk pulih di samping keluarga dan rakan terdekat. Sokongan anda adalah sumber kekuatan dan ketabahannya. BAM akan sentiasa mendapatkan perkembangan mutakhir tentang Chong Wei dan sedia sebarang sokongan sekiranya diperlukan,”ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini