KUALA LUMPUR 22 Sept. – Selepas pelbagai spekulasi mengenai masalah kesihatan Datuk Lee Chong Wei timbul, akhirnya Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tampil mengesahkan bahawa jaguh No.1 negara itu menghidap kanser hidung. Sebelum ini pelbagai desas-desus timbul mengenai penyakit yang dihidapi pemenang tiga pingat perak Sukan Olimpik itu terutama selepas dia menarik diri daripada Kejohanan Dunia dan Sukan Asia Jakarta-Palembang. Bagaimanapun, hari ini Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria tampil…









