LONDON 23 Sept. – Chelsea gagal meraih kemenangan keenam berturut-turut dalam kempen Liga Perdana Inggeris musim ini apabila menamatkan aksi dengan keputusan 0-0 ke atas West Ham, sebentar tadi.
Keputusan tersebut menyebabkan Chelsea berada di tangga ketiga liga dengan 16 mata ketinggalan dua mata di belakang pendahulu Liverpool yang konsisten meraih kemenangan selepas enam perlawanan.
Kedudukan kedua menjadi milik Manchester City yang meraih kemenangan 5-0 ke atas Cardiff City pada semalam.
Memuatkan artikel berkaitan…
City berkongsi 16 mata dengan Chelsea namun kelebihan jaringan membolehkan skuad bimbingan Pep Guardiola itu menghuni tangga kedua. – AGENSI











