Chee Teong akan terus jadi pembangkang konstruktif - Utusan Malaysia

Chee Teong akan terus jadi pembangkang konstruktif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Sept. – Meskipun kalah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong, calon MCA, Tan Chee Teong memberi jaminan akan terus memainkan peranan sebagai pembangkang yang konstruktif.

Beliau juga akan terus menjadi ejen semak dan imbang terhadap kerajaan negeri Selangor agar mereka mendengar suara hati rakyat demi mewujudkan sistem parti yang sihat.

Pada masa sama, Chee Teong turut menzahirkan penghargaan kepada semua pengundi di Balakong yang telah menunaikan tanggungjawab mereka.

“Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengundi DUN Balakong yang telah mengundi tanpa mengambil kira mana-mana calon yang mereka memilih.

“Mereka telah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang rakyat dan menegakkan semangat demokrasi,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Calon Pakatan Harapan (PH), Wong Siew Ki memenangi PRK DUN Balakong dengan majoriti undi sebanyak 18,533.

Beliau memperoleh sebanyak 22,508 undi sekali gus menewaskan Chee Teong yang beroleh 3,975 undi.

Dalam pada itu, Chee Teong turut mengucapkan tahniah kepada Siew Ki atas kemenangannya dalam PRK tersebut.

“Saya harap Siew Ki akan berkhidmat kepada penduduk Balakong dengan penuh dedikasi dan dapat bersama-sama berusaha membina masa depan Balakong yang lebih baik,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN