NEW YORK 25 Sept. – Pengasas bersama Instagram, Kevin Systrom dan Mike Krieger masing-masing meletak jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif dan ketua pegawai teknikal syarikat aplikasi perkongsian gambar itu. Kedua-dua Systrom dan Krieger tidak menyatakan sebab atas tindakan mereka meletak jawatan tersebut. Namun, Systrom dalam blognya semalam, menyatakan bahawa mereka berdua merancang mengambil masa berehat dan meneroka ‘keinginan dan kreativiti kami sekali lagi’. Ia masih lagi belum jelas bila hari…










