PUCHONG – Sekumpulan kru sebuah syarikat produksi berdepan detik cemas apabila sebuah rumah yang dibina untuk sesi penggambaran filem dekat Bandar Bukit Puchong di sini terbakar semalam.
Dalam kejadian pada pukul 7 pagi itu, seramai 20 orang kru dikejarkan ke Hospital Serdang setelah terhidu asap.
Difahamkan, syarikat produksi The Film Engine Sdn. Bhd. itu sedang melakukan penggambaran filem berjudul Amazing Spring yang berkisar era sebelum kemerdekaan.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Putrajaya, Mejar (PA) Ahmad Junaidi Dukut Soeharto berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kira-kira pukul 7.06 pagi.
Menurut beliau, seramai empat anggota bersama sebuah ambulans dikejarkan ke tempat kejadian bagi memberi bantuan awal.










