KUALA LUMPUR 26 Sept. – Celcom Axiata Berhad (Celcom) menjadi operator pertama di Asia yang menawarkan Koble iaitu platform digital bagi padanan perniagaan ke perniagaan (B2B) kepada pelanggan perusahaannya. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Celcom, Mohamad Idham Nawawi berkata, integrasi Koble dalam portfolio perkhidmatan Celcom Business membolehkan platform berkenaan mencipta rangkaian peluang perniagaan bagi perusahaan di Malaysia dalam saiz dan skop yang lebih luas. Menurut beliau, kesemua pelanggan Celcom akan menikmati…










