Celcom sambut baik keputusan kerajaan kecualikan perkhidmatan prabayar daripada SST - Utusan Malaysia

Celcom sambut baik keputusan kerajaan kecualikan perkhidmatan prabayar daripada SST

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Celcom Axiata Bhd.​ menyambut baik keputusan kerajaan mengecualikan perkhidmatan prabayar daripada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) berkuat kuasa mulai esok.  

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohamad Idham Nawawi berkata, komunikasi mudah alih itu telah menjadi sebahagian penting daripada kehidupan harian rakyat.

“Justeru, keputusan ini akan memberikan kesan positif kepada ramai pengguna mudah alih prabayar Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Celcom juga akan menyediakan rebat cukai kepada pelanggan Malaysia yang telah membeli pelan prabayar sejak 1 September lalu. 

Celcom komited untuk menyediakan kepada pelanggan pakej yang mampu milik, mendokong aspirasi dan inisiatif kerajaan untuk meningkatkan lagi kebajikan rakyat Malaysia menerusi rangkaian syarikat itu di seluruh negara. – Bernama  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini