Cawangan baharu Balai Seni Negara di Langkawi - Utusan Malaysia

Cawangan baharu Balai Seni Negara di Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Sept. – Balai Seni Negara akan membuka cawangan baharu di Dayang Bay, Langkawi, Kedah dalam tempoh terdekat.

Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Mohamaddin Ketapi berkata, cawangan baharu itu akan memberi fokus kepada usaha menambah baik dan menerokai kemahiran pelukis serta kurator.

Kata beliau, program antarabangsa yang akan dilaksanakan di cawangan baharu itu adalah Rekaan dan Persidangan Seni Antarabangsa Asia (AICAD) 2018.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Balai Seni Negara antara produk pelancongan budaya yang berupaya menarik pelawat dan pelancong, seramai 737,000 pelawat telah berkunjung ke bangunan ini sejak 2015 hingga Jun lalu.

“Hasil jualan karya pula mencecah lebih RM38 juta bagi tempoh sama,” katanya ketika berucap dalam majlis Sambutan 60 Tahun Balai Seni Negara, di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali serta Timbalan Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Wan Muhammad Bakhtiar Wan Chik. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini