BARU-BARU ini, penyanyi rap Nicki Minaj dan Cardi B menyebabkan Minggu Fesyen New York panas. Ini kerana, Minaj dan Cardi B dikatakan bergaduh di depan khalayak ramai. Malah, portal hiburan E! News berjaya merakam aksi pergaduhan mereka selepas acara berkenaan selesai. Cardi B yang menggayakan busana berwarna merah didakwa mendekati Minaj dan kemudiannya melemparkan kasut yang dipakai kepada wanita itu. Bagaimanapun, pergaduhan tersebut tidak berlangsung lama selepas mereka dileraikan oleh…











