KUALA LUMPUR 27 Sept. – Campur tangan kepimpinan pusat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjadi punca Bersatu Negeri Sembilan bergolak hingga membawa kepada pembubarannya hari ini. Sumber berkata, sejak awal penubuhan parti itu lagi kepimpinan pusat sering masuk campur dalam meletakkan barisan kepimpinan negeri. “Kami mahu melantik barisan kepimpinan dalam kalangan mereka yang berwibawa dan berbakat, tetapi pemimpin pusat lebih berminat untuk meletakkan pemimpin yang mempunyai hubungan baik dengan mereka,”…










