Cabul ibu, pekerja kilang diperintah bela diri - Utusan Malaysia

Cabul ibu, pekerja kilang diperintah bela diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING – Seorang pekerja kilang diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pindaan daripada merogol kepada mencabul ibunya Mac tahun lalu.

Hakim Che Noralashiken Abd. Razak memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap lelaki berusia 22 tahun itu pada akhir kes pendakwaan.

Mengikut pertuduhan pindaan, tertuduh didakwa mencabul ibunya yang berusia 50 tahun di sebuah kampung dekat sini pada pukul 7 malam, 8 Mac 2017.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut jika sabit kesalahan.

Lelaki itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pindaan yang dibacakan sendiri Che Noralashiken.

Mahkamah menetapkan 19 Oktober depan sebagai tarikh perbicaraan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN