KUALA LUMPUR 3 Sept. – Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malayisa (SPRM) digesa memberi penjelasan mengenai keputusan lepas dan bebas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan wanita, Phang Li Koon daripada dua pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa. Pengarah Eksekutif Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4), Cynthia Gabriel yang membuat gesaan berkenaan menyatakan, keputusan kes berhubung pembelian banglo di bawah harga pasaran tersebut menimbulkan pelbagai persoalan…










