Bumbung kediaman pekerja pembersihan berterbangan kerana ribut - Utusan Malaysia

Bumbung kediaman pekerja pembersihan berterbangan kerana ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Seorang pekerja pembersihan di Jeti Kuala Perlis di sini berdepan dengan detik cemas apabila keseluruhan bumbung kediamannya di Kampung Wai diterbangkan angin ribut dalam kejadian kira-kira pukul 9.50 malam semalam.

Menurut Natrah Ahmad, 50, semasa kejadian, dia bersama suami, Ridzuan Om, 49 dengan empat anaknya serta dua jirannya berada di dalam rumah.

“Hujan lebat dan angin semakin kencang sehingga keseluruhan bumbung habis berterbangan.

“Saya, suami, anak dan jiran yang khuatir keselamatan diri bertempiaran lari mencari tempat selamat.

“Mujur kami tidak mengalami sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa. Anggaran kerosakan rumah teres satu tingkat ini kira-kira RM12,000,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, berdasarkan kenyataan terkini Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri Perlis setakat pukul 12 tengah hari tadi, sebanyak 102 kediaman mengalami kerosakan dan 157 pokok tumbang dalam kejadian ribut itu.

Kelajuan angin ribut itu 68.7 kilometer sejam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN