Buku analisis kerajaan PH diterbitkan - Utusan Malaysia

Buku analisis kerajaan PH diterbitkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS 15 Sept. – Jabatan Penerangan Pas Pusat menerbitkan sebuah buku bertajuk ‘Pemerintahan Pakatan Harapan: Analisis Terhadap Tatacara Pentadbiran dan Kesan Masa Depan Islam’ bagi membantu jenteranya menyampaikan maklumat  tepat dan berkesan kepada rakyat.

Menurut Pengarahnya,  Muhammad Najhan Abdul Halim, beberapa perkara yang berkaitan situasi pentadbiran di negara ini di bawah pemerintahan kerajaan baharu dengan pelbagai masalah dan krisis tercetus dipaparkan dalam buku berkenaan.

Katanya, ia telah dihasilkan melalui analisis yang dilakukan daripada pelbagai latar, sesuai untuk dijadikan rujukan bagi penambahan maklumat dalam usaha memberi penerangan tentng kedudukan kerajaan yang rapuh kini.

“Alhamdulilah pelancaran buku ini oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-64 ini menyuntik semangat agar terus menyumbang tenaga dan keringat dalam apa sahaja kemahiran yang dimiliki,”ujarnya kepada pemberita. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN