SEREMBAN 8 Sept. – Menteri Besar, Aminuddin Harun hari ini menafikan beliau mengalami masalah kesihatan serius selepas dilaporkan menerima rawatan di Hospital Serdang, Selangor kelmarin. AMINUDDIN HARUN Sebaliknya, Aminuddin berkata, beliau hanya menjalani pemeriksaan kesihatan rutin yang dilakukannya di hospital berkenaan sejak beberapa tahun lalu. “Saya buat pemeriksaan biasa, mungkin sekarang orang sudah kenal saya dan doktor juga minta berehat, tetapi sebenarnya tidak ada apa-apa. Saya bukan dimasukkan ke wad.…










