“Bukan kroni, mereka berusaha’ - PM - Utusan Malaysia

“Bukan kroni, mereka berusaha’ – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

&KUALA LUMPUR 1 Sept. – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menafikan tuduhan bahawa segelintir usahawan bumiputera berjaya kerana kerajaan mengamalkan kronisme.

Sebaliknya, jelas beliau, kerajaan memberikan peluang yang sama rata kepada ramai usahawan melalui inisiatif Dasar Ekonomi Baharu (DEB) namun hanya segelintir yang berjaya.

“Daripada 100 yang diberi peluang, mungkin hanya empat atau lima orang yang berjaya. Empat dan lima orang inilah yang dikenali sebagai kroni. Sebenarnya yang diberi peluang itu ramai.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita senang hati untuk tuduh ini disebabkan oleh kronisme, beri pertolongan hanya pada yang berjaya. Sebenarnya semua diberi peluang sama tapi yang tidak berjaya lebih ramai. Disebabkan yang berjaya jadi jutawan, kita iri hati dan menuduh mereka sebagai kroni kerajaan,” katanya ketika memberikan ucapan perasmian Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini