Boikot PRK Port Dickson, keputusan terbaik - Utusan Malaysia

Boikot PRK Port Dickson, keputusan terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Sept. – Tindakan Barisan Nasional (BN) memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson pada 13 Oktober ini akan memberi kelebihan kepada parti untuk menumpukan perhatian kepada Perhimpunan Agung UMNO.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin Akhtar Husin menyifatkan tindakan memboikot PRK tersebut sebagai rasional dan membuktikan kebijaksanaan UMNO dalam berpolitik.

“UMNO perlu fokus kepada proses pemulihan dan tindakan memboikot PRK akan memberi kelebihan kepada parti untuk menumpukan perhatian kepada perhimpunan yang akan diadakan pada hujung minggu ini.

“Sama ada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menang atau tidak, ia tidak akan memberi kesan kepada UMNO dan BN,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN mengambil keputusan untuk memboikot PRK Port Dickson kerana pengosongan kerusi Parlimen itu dibuat hanya untuk memenuhi kehendak politik individu tertentu.

Tambah, Nazir Hussin, UMNO tidak perlu menghabiskan masa, wang serta tenaga demi cita-cita Anwar malah beliau yakin keputusan memboikot PRK itu tidak akan menjejaskan semangat serta keyakinan ahli-ahli UMNO. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN