Penyelarasan tugas antara polis, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mesti ditingkatkan dalam usaha memerangi gejala dadah di negara ini. Pada masa sama pembabitan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam juga penting bagi mengurangkan kadar salah guna dadah dalam kalangan rakyat. Selain itu, proses memberi kaedah rawatan yang betul dan baik perlu diberi perhatian oleh pihak bertanggungjawab seperti Pemadam dan sebagainya. Awang bimbang gejala dadah kini…










