Perhimpunan Agung UMNO masih mempunyai tarikan. Itu yang Awang dapat rasakan di PWTC. Hari pertama perhimpunan dengan perasmian tiga sayap malam semalam oleh Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan masih mempunyai nilai tersendiri. Perwakilan ketiga-tiga sayap tetap bersemangat walaupun dibayangi kekalutan pemimpin UMNO keluar parti. Para perwakilan terutama ketua sayap masing-masing tetap dengan adab dan disiplin UMNO. Ketiga-tiga pemimpin – Datuk Noraini Ahmad, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan Datuk…











