IKON televisyen, Bill Cosby yang pernah popular sekitar tahun 1980-an dan 1990-an dibawa ke penjara pada Selasa lalu untuk memulakan hukuman penjara minimum tiga tahun selepas didapati bersalah melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita. Cosby yang kini berusia 81 tahun dituduh melakukan kesalahan itu di rumah agamnya di Philadelphia, Amerika Syarikat kira-kira 14 tahun lalu. Dia didapati bersalah pada 15 April lalu kerana memberi dadah dan mencabul mangsa, Andrea Costand…










