LOS ANGELES 26 Sept. – Pelakon komedi, Bill Cosby dibawa keluar dari sebuah penjara dalam keadaan tangannya dirantai, semalam selepas seorang hakim menggelarnya sebagai seorang pemangsa dan menjatuhi hukuman penjara antara tiga dan 10 tahun atas kesalahan melakukan serangan seksual ke atas seorang wanita, 14 tahun lalu. Hukuman ke atas personaliti berusia 81 tahun yang pernah dikenali sebagai ‘Bapa Amerika’ itu sekali gus menjadi era kejatuhan ikon televisyen kesayangan ramai.…










