KUALA TERENGGANU 5 Sept. – Ketika perundangan syariah mulai ‘diserang’ setelah melaksanakan hukuman sebatan, kerajaan negeri akan memperkasakan lagi aspek penguatkuasaan termasuk dengan cadangan menambah bilangan penguat kuasa syariah sukarelawan mulai tahun depan. Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, setakat ini, bilangan penguat kuasa syariah di negeri ini cuma kira-kira 100 orang, berbanding jumlah penduduk mencecah 1.7 juta orang, dengan majoritinya muslim. “Dulu kebanyakan sukarelawan terdiri daripada…










