UNDANG-UNDANG hanya bermakna bila kehendak dan arahannya dipatuhi. Tinggal lagi jika sesuatu undang-undang itu tidak disetujui, rakyat boleh membuat bantahan melalui proses demokrasi yang dihalalkan – biasanya diterjemahkan melalui pilihan raya. Walau apapun yang diteorikan oleh pihak-pihak yang terbabit dengan membelakangkan undang-undang negara, isu undang-undang dan penguatkuasaannya terus dipersoalkan. Undang-undang adalah cetusan kuasa kenegaraan untuk memelihara keamanan, kesejahteraan dan pada amnya kebaikan sejagat manusia. Negara yang ditadbir mengikut lunas undang-undang…










