Bil pembentungan perlu dibayar bersekali dengan bil air - Xavier - Utusan Malaysia

Bil pembentungan perlu dibayar bersekali dengan bil air – Xavier

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 7 Sept. – Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli akan menguatkuasakan bayaran caj pembentungan Indah Water Konsortium (IWK) yang mana kadar tarifnya akan dimasukkan bersekali dengan bil air.

Menterinya, Dr. Xavier Jayakumar berkata, kadar tarif IWK tetap kekal pada RM2.50 tetapi pengguna perlu membayarnya bersekali dengan bil air dan bukan lagi berasingan seperti yang berlaku sekarang.

“Kita akan menggunakan acuan Labuan dalam hal ini dan ia akan dilaksanakan secepat mungkin bagi membolehkan IWK memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” katanya dalam projek ‘Bicara Minda’ di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN