Biar Tok Mat lawan Anwar - Utusan Malaysia

Biar Tok Mat lawan Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Rekod cemerlang Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan bagi tempoh 2004 hingga Mei 2018 meletakkan beliau sebagai calon terbaik bagi menentang bakal Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

Menurut penganalisis politik, Ummu Atiyah Ahmad Zakuan, Mohamad atau Tok Mat sebagai seorang figura yang mempunyai pengaruhnya tersendiri kerana pernah menjadi Menteri Besar di negeri tersebut selama tiga penggal.

“Sudah terbukti di bawah ke­pimpinan Mohamad selama ini, Negeri Sembilan telah diiktiraf sebagai negeri yang semakin maju dan hebat.

“Anwar adalah satu nama besar dan saya percaya bukan mudah bagi blok pembangkang untuk meletakkan calon untuk menentang beliau. Bagaimanapun, andai Mohamad bertanding dan kalah sekalipun keputusan tersebut tidak akan sesekali mencalarkan kredibilitinya sebaliknya wajar dipuji kerana menyahut cabaran untuk bertanding,” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN