SAUDARA PENGARANG,BARU-BARU ini beberapa akhbar melaporkan kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye mahu menggazetkan semua restoran terbuka menjadi kawasan larangan merokok mulai Disember ini. Namun, saya masih meragui sejauh mana kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan dapat menguatkuasakan peraturan ini memandangkan larangan merokok di bangunan kerajaan khususnya hospital juga masih gagal ditangani. Jika sekadar mengharapkan pegawai Kementerian Kesihatan memantau dan mengeluarkan ‘saman’, saya pasti tiada seorang pun perokok tegar akan…









