BERSIH 2.0 gesa Pejabat Pendakwa Raya dipisahkan - Utusan Malaysia

BERSIH 2.0 gesa Pejabat Pendakwa Raya dipisahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Sept. – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) menggesa Pejabat Pendakwa Raya dipisahkan daripada Pejabat Peguam Negara dengan segera bagi memastikan rakyat tidak terus curiga dengan peranan Peguam Negara.

Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0 dalam satu kenyataan berkata, tempoh ini merupakan waktu yang sesuai untuk menjalankan reformasi institusi yang penting tersebut memandangkan keputusan Pejabat Peguam Negara yang menggugurkan pendakwaan terhadap kes rasuah membabitkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan BERSIH 2.0 mendapati wujudnya keperluan mendesak untuk memisahkan kedua-dua institusi itu.

Kenyataan itu menyebut selepas keputusan itu, BERSIH 2.0 mendapati wujud kegelisahan dalam kalangan rakyat apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

Memuatkan artikel berkaitan…

(SPRM) terkejut dengan keputusan itu dan mendakwa tidak dibawa berbincang dalam proses membuat keputusan itu.

“Keprihatinan orang ramai terhadap kes Guan Eng bermula kerana ia seperti bermotif politik ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN) sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Pembebasan Guan Eng secara tiba-tiba selepas Pakatan Harapan (PH) berkuasa menyebabkan satu lagi kebimbangan timbul sama ada keputusan itu dibuat disebabkan campur tangan luar terutama daripada pihak eksekutif,” kata kenyataan itu hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini