PETALING JAYA – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membubarkan seluruh kepimpinan Negeri dan Bahagian Negeri Sembilan selain memecat beberapa pemimpinnya serta-merta kerana didapati mempunyai masalah dalaman dan disiplin. Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan itu dilakukan kerana masalah yang dihadapi tidak dapat diselesaikan dan pemilihan semula kepimpinan akan dilakukan dalam tempoh terdekat. Katanya, tindakan itu dilakukan atas nasihat Pendaftar Pertubuhan. “Jadi (kepimpinan) yang ada sekarang akan terbubar maka…










