PETALING JAYA – Seluruh badan pimpinan negeri dan bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan dibubarkan serta-merta ekoran masalah dalaman yang dihadapi tidak dapat diselesaikan. Menurut Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pemilihan semula kepimpinan akan dilakukan dalam masa yang terdekat. “Terdapat terlalu banyak masalah dalaman yang tidak dapat dielakkan oleh yang demikian kita akan merombak keseluruhan pimpinan negeri dan bahagian. “Tindakan ini dilakukan atas nasihat Pendaftar Pertubuhan (RoS),”…










