KUALA LUMPUR 6 Sept. – Semua pihak diminta agar bersabar dan menunggu terlebih dahulu keputusan post-mortem Program Podium yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini, sebelum melontarkan sebarang pandangan ataupun cadangan, kata bekas Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Low Beng Choo. Menurut beliau, Institut Sukan Negara (ISN), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memerlukan ruang agar mereka dapat menjalankan tanggungjawab mencari sebarang kelemahan yang ada…










