Beri sumbangan kepada UNRWA - Utusan Malaysia

Beri sumbangan kepada UNRWA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Sept. – Kerajaan dan masyarakat antarabangsa digesa supaya terus memberi sokongan kepada pelarian Palestin dengan memberi sumbangan kepada Agensi Kerja dan Bantuan Untuk Pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) selepas pemotongan dana bantuan bernilai AS$300 juta (RM1.2 bilion) oleh Amerika Syarikat (AS).

REEZAL MERICAN NAINA MERICAN
REEZAL MERICAN NAINA MERICAN

Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, keputusan kerajaan AS itu disifatkan sebagai amat mengecewakan apatah lagi UNRWA telah menyediakan sokongan dan bantuan bagi kebajikan serta pembangunan kepada empat generasi pelarian Palestin sejak diwujudkan pada Disember 1949.

Katanya, agensi tersebut ketika ini sedang membantu dan melindungi lebih lima juta pelarian Palestin serta dibiayai secara sukarela daripada ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kesatuan Eropah (EU) dan kerajaan serantau.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebagai satu daripada penyumbang terbesar kepada UNRWA, keputusan AS menamatkan bantuan kepada agensi berkenaan akan menjejaskan keupayaannya untuk terus menyediakan bantuan persekolahan, klinik kesihatan dan beberapa program perkhidmatan sosial lain.

“Sejak mengambil alih pentadbiran, kerajaan AS ketika ini dilihat bersikap pro-Israel sekali gus membuatkan negara itu tidak lagi layak mengambil bahagian dalam Rundingan Keamanan Timur Tengah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini