Beri hukuman berat bunuh kucing - Utusan Malaysia

Beri hukuman berat bunuh kucing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG, MOHON pihak berkuasa dakwa individu yang membunuh kucing dengan kejam dalam mesin pengering pakaian baru-baru ini agar mahkamah boleh mengenakan hukuman berat seperti penjara dan sebat.

Jangan dibiarkan dengan amaran atau sekadar denda kerana perbuatan mereka ini memang tidak berperikemanusiaan malah mungkin menjadi petanda masalah mental yang lebih teruk.

Tanpa rasa bersalah membunuh haiwan tidak berdosa, kelak mungkin anak gadis orang pula menjadi mangsa. Kami penduduk Taman Gombak Ria begitu terkesan dengan perbuatan mereka kerana tidak masuk dek akal ada manusia sekejam itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Asingkan golongan ini daripada orang awam kerana bukan sahaja mengancam keselamatan haiwan malah berisiko mencederakan manusia, lebih dikhuatiri menyebabkan cedera parah dan kematian.

Ikutkan hati, mahu tuntut pihak berkuasa campak ke pulau yang tiada haiwan dan manusia. Cuma pastikan mereka dihukum sewajarnya kerana ini melibatkan makhluk bernyawa.

Terlalu banyak kes penganiayaan dan pembunuhan haiwan dibiarkan lepas dengan hukuman ringan atau langsung tidak dikenakan apa-apa tindakan. Sampai masa untuk kita ubah trend ini.

PENCINTA KUCING

Gombak, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini