Beri gambaran buruk - Utusan Malaysia

Beri gambaran buruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Sept. – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) berpendirian hukuman sebat ke atas dua wanita di hadapan khalayak ramai oleh Mahkamah Tinggi Terengganu baru-baru ini memberikan gambaran yang buruk kepada Islam.

DR. MAHATHIR MOHAMAD

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, hukuman itu juga tidak mencerminkan keadilan dan timbang rasa oleh agama Islam.

Sehubungan itu beliau berkata, amatlah penting untuk me­nunjukkan Islam bukanlah agama yang bengis, suka menjatuhkan hukuman berat yang mengaibkan orang.

“Ini bukan cara-cara yang digalakkan oleh agama Islam.

“Ini adalah pendapat Kabinet kerajaan dan kami harap kita berhati-hati dalam mempamerkan Islam sebagai agama yang tidak ada tolak ansur, tidak ada bertimbang rasa,” katanya se­perti dipetik daripada klip video yang dimuat naik dalam laman Facebook, hari ini.

Pada Isnin lalu, dua wanita dikenakan hukuman sebat setelah mereka mengaku bersalah kerana cuba melakukan hubu­ngan sejenis.

Pesalah pertama yang berusia 32 tahun disebat kira-kira pukul 10.11 pagi, manakala pesalah ke­dua pada pukul 10.16 pagi. Ma­sing-masing dikenakan enam sebatan selain denda RM3,000.

Menurut Dr. Mahathir, semua pihak tahu bahawa itu adalah kes pertama dan biasanya dalam kes pertama, khidmat nasihat perlu diberikan dan tidak seterusnya melakukan sebat sehingga diketahui oleh seluruh negara.

“Sebab itu kami berpendapat bahawa walaupun ada kes-kes semacam ini, pertimbangan hendaklah diberi kepada kea­daan tertentu yang mana dalam Islam, kita boleh menjatuhkan hukuman yang lebih ringan sementara kita memberi nasihat dan sebagainya,” katanya yang memaklumkan pendirian itu diperoleh setelah mesyuarat Kabinet berlangsung semalam.

Tambah beliau, semua tahu apabila memulakan sesuatu de­ngan ‘Bismillahirrahmanirrahim’ yang bermaksud dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani tetapi apa yang ditunjukkan seolah-seolah dalam Islam tidak ada perasaan pemurah sama sekali.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN