SELASA ini kita akan menyambut Tahun Baru Hijrah 1440, insya-Allah. Tema sambutan Maal Hijrah kali ini adalah ‘Menyantuni Umat Membawa Rahmat’. Ia juga amat bertepatan dengan Islam sebagai pembawa rahmat kepada sekelian alam. Hijrah sebenarnya membawa pengertian yang luas, keluar dari medan perjuangan yang sempit ke gelanggang yang lebih luas dan ia adalah pemisah di antara yang hak dengan yang batil. Ia juga merangkumi perpindahan kepada hidup yang lebih baik,…










