Belum ada petunjuk siapa bekal arak beracun - Polis - Utusan Malaysia

Belum ada petunjuk siapa bekal arak beracun – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Polis Selangor masih belum dapat mengenal pasti pembekal arak yang mengorbankan 24 individu di negeri itu sejak kejadian dilaporkan pada 17 September lalu.

Sehubungan itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, pihaknya kini meningkatkan kerjasama dengan kementerian serta agensi berkaitan seperti Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kastam bagi memeriksa premis yang disyaki menjual arak terbabit.

“Selain itu, kita kena sahkan kesahihannya sama ada (arak) tulen atau diciplak. Arak-arak ini kebanyakannya tidak ada label Kastam.

“Kita juga masih menyiasat siapa pembekal arak-arak ini dan sama ada ia datang daripada sumber yang sama. Setakat ini kita masih belum ada sebarang petunjuk mengenai perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.

Menurutnya, siasatan dilakukan menurut Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kematian secara cuai. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN