KUALA LUMPUR 25 Sept. – Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. menyarankan para pengguna untuk membeli produk keluarannya melalui saluran pengedaran rasmi yang disahkan bagi mengelakkan pembelian barangan tiruan. Pengarah Urusan Shell Malaysia, Shairan Huzani Husain berkata, setakat ini terdapat hampir 3,000 saluran pembelian merangkumi rangkaian stesen minyak Shell, bengkel terpilih yang berdaftar serta tiga platform dalam talian rasmi iaitu Lazada, Shopee dan 11street. Menurut beliau, pihaknya bimbang keyakinan pelanggan terhadap…










