BARCELONA 26 Sept. – Bekas Perdana Menteri Perancis, Manuel Valls, semalam mengumumkan akan bertanding jawatan datuk bandar Barcelona, Sepanyol ahli politik Eropah berprofil tinggi pertama bertanding pada pemilihan utama di negara lain. Valls dilahirkan pada 1962 di Barcelona dengan bapanya seorang warga Catalonia manakala ibunya keturunan Switzerland-Itali namun dibesarkan di Perancis dan menghabiskan karier politiknya di negara itu. Bagaimanapun masih tidak jelas peluang dimiliki Valls bagi meraih sokongan pelbagai kumpulan…










