Bekas pemandu lori didakwa esok rogol bayi perempuan 11 bulan - Utusan Malaysia

Bekas pemandu lori didakwa esok rogol bayi perempuan 11 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Seorang bekas pemandu lori yang disyaki merogol seorang bayi perempuan berusia 11 bulan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kanak-kanak Putrajaya esok.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib berkata, keputusan tersebut ditentukan oleh pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) selepas menilai dan meneliti kertas siasatan yang diserahkan pihaknya hari ini.

Katanya, suspek sebelum ini disambung reman selama tujuh hari bermula 29 Ogos lalu dan akan berakhir esok.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suspek berusia 68 tahun itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kanak-kanak Putrajaya.

“Bagaimanapun, pendakwaan akan dilakukan mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan iaitu rogol menggunakan apa-apa objek berbanding sebelum ini mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Kosmo! sebelum ini melaporkan polis menahan seorang lelaki warga emas selepas disyaki merogol bayi perempuan berusia 11 bulan yang diasuh oleh menantunya dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Seksyen 24 di sini pada 20 Ogos lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini