Bekas pemandu lori cabul kanak-kanak didakwa esok - Utusan Malaysia

Bekas pemandu lori cabul kanak-kanak didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 3 Sept. – Seorang bekas pemandu lori akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kanak-kanak Putrajaya esok atas kesalahan mencabul kehormatan dengan memasukkan jari ke dalam kemaluan bayi perempuan berusia 11 bulan, 20 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib berkata, Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP)membuat keputusan tersebut selepas menilai dan meneliti kertas siasatan yang diserahkan hari ini.

“Tahanan reman terhadap suspek sebelum ini disambung selama tujuh hari bermula 29 Ogos lalu dan akan berakhir esok bagi membantu siasatan.

“Bagaimanapun, esok suspek berusia 68 tahun akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kanak-kanak Putrajaya,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Tambah Baharuddin, pendakwaan akan dilakukan mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan iaitu rogol menggunakan apa-apa objek berbanding sebelum ini mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Terdahulu, kejadian menimpa bayi itu disedari oleh ibu mangsa yang mendapati anak bongsu daripada dua beradik itu mengalami berak berdarah selepas mengambil mangsa pada pukul 6.15 petang.

Siasatan mendapati kejadian berlaku apabila pengasuh berusia 25 tahun yang merupakan menantu suspek keluar sebentar meninggalkan bayi itu bersama dua beradik wanita itu.

Suspek mengaku telah memasukkan jarinya ke dalam kemaluan bayi tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×