PORT DICKSON 28 Sept. – Presiden Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (Kerabat), Leftenan Kolonel (B) Mohd. Nazari Mokhtar, 57, diumumkan sebagai calon Pas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson. Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan perkara itu dalam majlis pengisytiharan calon di Markas Pas Cawangan Bukit Tembok, Pasir Panjang, dekat sini malam tadi. Yang turut hadir ialah Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad;…










