PUTRAJAYA, 3 Sept. – Bekas ketua pengarah sebuah bahagian di Jabatan Perdana Menteri (JPM) bergelar ‘Datuk’ yang ditahan enam hari berkaitan siasatan penyelewengan dana kerajaan dibebaskan selepas tempoh tahanan reman berakhir hari ini. Wanita berusia 61 tahun itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 29 Ogos lepas berhubung penyalah gunaan dana Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Majistret Nik Muizzuddin Nik Muhammad membenarkan suspek dibebaskan dengan mengarahkan pasport diserahkan kepada…










