KUALA LUMPUR 27 Sept. – Parti Rakyat Malaysia (PRM) sekali lagi mencalonkan Ahmad Kamarudin untuk membawa cabaran mereka dalam pilihan raya kecil (PRK), kali ini menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam PRK Parlimen Port Dickson. Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) cabang Kapar itu merupakan calon PRM pada PRK DUN Sungai Kandis, namun menarik diri pada saat-saat akhir sebelum penamaan calon. Pengerusi Jawatankuasa PRK Parlimen Port Dickson PRM, Koh Swe…










