Bekas jurutera Petronas, isteri didakwa rasuah RM312,100 - Utusan Malaysia

Bekas jurutera Petronas, isteri didakwa rasuah RM312,100

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Seorang bekas jurutera Petronas dan isterinya didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 20 pertuduhan menerima suapan dan bersubahat dalam aktiviti rasuah berjumlah RM312,100 bagi perlantikan sub kontraktor projek Sabah Ammonia Urea (SAMUR), Sipitang, Sabah, pada 2015. Kedua-dua tertuduh, Suryono Samdul, 58, yang merupakan penduduk tetap dan Lyana Abdullah, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Mengikut kesemua pertuduhan, Suryono yang ketika itu merupakan jurutera kualiti projek SAMUR telah menerima suapan berjumlah RM312,100 secara berperingkat daripada Syarikat…

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN